Saturday, January 14, 2012

Mungkin Terjatuh Cinta

Heyy, minggu ni dah masuk minggu ke-3 pembelajaran di Politeknik Shah Alam. Masa Minggu Suai Kenal berlangsung, aku ada la terpandang seorang mamat ni. Bagi aku, dia agak menyerlah la untuk beberapa sebab yang berkemungkinan korang tak akan faham. Kemudian minggu ni aku ada terserempak dengan dia beberapa kali. Kita orang bawah jabatan yang sama iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam. Lagi satu, minggu ni ada kempen derma darah. Masa dalam perjalanan nak pergi kelas, aku nampak dia tengah tunggu giliran untuk menderma. Masa tu, bagi aku dia sangat baik dan berani. Sebab tak semua orang sanggup derma darah. From that moment, I really love his character. Dan 'mungkin' aku tersuka dekat dia. Haha. Cuma berharap perasaan tu seperti sebelum sebelum ni. Hanya untuk sementara waktu. Sekarang bagi aku, tumpukan perhatian pada pelajaran lebih penting :)

No comments: