Monday, December 26, 2011

Minggu Suai Kenal

heyyy, bertemu kembali :)

19/12/2011 merupakan hari permulaan baru dalam hidup aku. Bhaha. Segannya guna ayat macam tu. Btw, aku dengan keluarga aku gerak Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam pukul 8.30 pagi. Ini adalah kerana keadaan mak aku yang tak berapa nak sihat hari itu, kami terpaksa keluar lewat sedikit dari yang sepatutnya iaitu pada pukul 8. Kita orang dikehendaki beratur mengikut siswa, siswi yang mendapat kamsis (asrama) dan yang tidak. Untuk yang tidak mendapat kamsis, kita orang diberi penginapan sementara selama seminggu untuk Program Minggu Suai Kenal. Aktiviti program tersebut sangat padat! Waaaaaaa. Serius! Aku tak tipu. Tapi, rasanya kita orang bertuah sikit la sebab kitaorang dapat tidur pukul 12.30 paling lewat. Mungkin sebab masa intake kita orang, ada integrasi/diploma lanjutan. Walaubagamana pun, aku nak berterima kasih kepada senior kami yang bersusah payah menjaga kita orang yang degil dan banyak merungut ni. Maaf la kalau ada yang terasa dengan apa yang pelajar intake Dis 2011 cakap. Mungkin kerana mereka sakit kaki. Saya bagi pihak mereka ingin meminta maaf kepada senior yang terasa :)

btw, Alan.
Thank you. Good luck to you too :)

Dan kepada BLOG WALKER, terima kasih kerana singgah :) InsyaALLAH I will visit your blog later :D

xoxo,
Lina.J :)

No comments: