Sunday, February 19, 2012

Tugasan

Bermula hari Sabtu, 18-02-2012 cuti pertenggahan sem bermula. Sehingga la 26-02-2012. Nasib baik la ada satu presentation, satu assignment je dia bagi untuk disiapkan. Tapi, itu pun banyak masalah. Haishhh, dah la dua-dua kerja berkumpulan. Ramai duduk negeri lain. Macam mana nak siapkaaaannnn? Presentation LK, aku dengan Katek je satu kumpulan. Kumpulan lain 4-5 orang. Mana budak yang tak ada kumpulan? Call aku weii. Urgent! Hahaha. Macam dorang baca je blog aku -,-'. Ok then, nak pergi sekolah tolong mak aku. Assalammulaikum :)

Saturday, February 18, 2012

Love

~Post ke-190~

Kebanyakkan perempuan mesti nak lelaki yang baik, caring dan blaaa blaa blaa.
Tapi, bila dia dapat lelaki yang menepati ciri-ciri di atas, dia pasti meletakkan lelaki itu di zon kawan baik. Dan bila dia couple, lelaki tu pasti sangat-sangat berlainan dengan ciri-ciri yang dinyatakan.

Kenapa?

Selalunya ianya adalah kerana, dia tak nak putus hubungan dengan lelaki yang ada ciri-ciri yang dia nak. Sebabnya, kalau dorang couple. Gaduh, semestinya tak akan bertegur sapa dan saling membenci kan? Tapi, kalau dia couple dengan yang contra ni, dia ada tempat mengadu kalau dia gaduh dengan lelaki contra. Mungkin akan memupuk perasaan antara mereka. Siapa tahu, mungkin mereka akan berkahwin kerana telah mengenali hati budi masing-masing. Dan mereka selesa untuk berkongsi segalanya. Jadi, kepada lelaki baik di luar sana. Jadi diri sendiri. Jangan berubah kerana si dia tak suka lelaki baik. Jadi diri sendiri kan bagus :)

xoxo,
-lina.j-



Saturday, January 14, 2012

Mungkin Terjatuh Cinta

Heyy, minggu ni dah masuk minggu ke-3 pembelajaran di Politeknik Shah Alam. Masa Minggu Suai Kenal berlangsung, aku ada la terpandang seorang mamat ni. Bagi aku, dia agak menyerlah la untuk beberapa sebab yang berkemungkinan korang tak akan faham. Kemudian minggu ni aku ada terserempak dengan dia beberapa kali. Kita orang bawah jabatan yang sama iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam. Lagi satu, minggu ni ada kempen derma darah. Masa dalam perjalanan nak pergi kelas, aku nampak dia tengah tunggu giliran untuk menderma. Masa tu, bagi aku dia sangat baik dan berani. Sebab tak semua orang sanggup derma darah. From that moment, I really love his character. Dan 'mungkin' aku tersuka dekat dia. Haha. Cuma berharap perasaan tu seperti sebelum sebelum ni. Hanya untuk sementara waktu. Sekarang bagi aku, tumpukan perhatian pada pelajaran lebih penting :)

Monday, December 26, 2011

Minggu Suai Kenal

heyyy, bertemu kembali :)

19/12/2011 merupakan hari permulaan baru dalam hidup aku. Bhaha. Segannya guna ayat macam tu. Btw, aku dengan keluarga aku gerak Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam pukul 8.30 pagi. Ini adalah kerana keadaan mak aku yang tak berapa nak sihat hari itu, kami terpaksa keluar lewat sedikit dari yang sepatutnya iaitu pada pukul 8. Kita orang dikehendaki beratur mengikut siswa, siswi yang mendapat kamsis (asrama) dan yang tidak. Untuk yang tidak mendapat kamsis, kita orang diberi penginapan sementara selama seminggu untuk Program Minggu Suai Kenal. Aktiviti program tersebut sangat padat! Waaaaaaa. Serius! Aku tak tipu. Tapi, rasanya kita orang bertuah sikit la sebab kitaorang dapat tidur pukul 12.30 paling lewat. Mungkin sebab masa intake kita orang, ada integrasi/diploma lanjutan. Walaubagamana pun, aku nak berterima kasih kepada senior kami yang bersusah payah menjaga kita orang yang degil dan banyak merungut ni. Maaf la kalau ada yang terasa dengan apa yang pelajar intake Dis 2011 cakap. Mungkin kerana mereka sakit kaki. Saya bagi pihak mereka ingin meminta maaf kepada senior yang terasa :)

btw, Alan.
Thank you. Good luck to you too :)

Dan kepada BLOG WALKER, terima kasih kerana singgah :) InsyaALLAH I will visit your blog later :D

xoxo,
Lina.J :)

Thursday, November 3, 2011

Politeknik

Ingat tak, aku ada post entri aku masuk 27/11/2011? Then, aku tunggu-tunggu bila nak dpt surat. Dah 26/10 masih tak dapat-dapt lagi. Mak aku telefon la orang yang berwajib, lepas tu aku dapat tahu aku masuk 18/12. Ya ALLAH! Kau tahu tak betapa lama nya kena tunggu? Nvm, se kurang-kurangnya dah tahu keputusan sebenar. Mungkin system down, sebab orang tu ckp hanya ada 2 nama je dah diproses. Mungkin ramai yang tak dapat lagi surat untuk intake ke-2 ni kan? Better call Poli minta pengesahan. Walaubagaimanapun, sesiapa yang dapat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , kalau jumpa nanti, tegur-tegur la ok? :) Assalammualaikum! Roger and out!

Tuesday, September 27, 2011

Test JPJ Kelas D, Selesai

Jyeah! Lulus. Tak perlu ulang :D

Monday, September 26, 2011

Test JPJ Kelas D

Esok aku test JPJ. Sangat menakutkan. Pleaseeeeeeee, doa kan aku lulus :)

with love, Lina.J

Wednesday, September 21, 2011

Kelas Memandu

Hai!
Sehingga sekarang, aku dah 8 jam belajar bawa kereta. Rasanya lebih kot. Dan, kali terkahir aku belajar, aku kena bawa kereta dari rumah sampai tempat memandu dan bawa balik ke rumah. Baru aku tahu betapa penatnya bawa kereta lama-lama. Aku kesian dekat orang yang kampung dorang jauh. Dah la tak cukup tidur, kena tekan pedal minyak tu tanpa henti. Kelas terakhir 27/9 dan 28/9 test JPJ. Haishhh -,-

p/s: Wish me luck! Doa kan aku lulus :)


I just realized

Lama tak update, serious, sejak habis SPM, memang sangat malas nak buka blog ni. Btw, aku baru tahu aku ni sangat tak tahu nak bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Hahaha. Tapi, kalau dah lama kenal, mulut, memang tak tahu nak senyap. I can even speak for an hour non-stop. Heee,. Jadi, aku nak minta maaf dekat kawan-kawan aku yang terpaksa mendengar aku bercakap. Hahaha, aku tahu pun bila bekas anak murid mak aku datang, then dia cakap. Amalina still pemalu macam dulu ke? Bukan akak tu je mak cik yg jaga aku dari kecil pun ckp mcm tu. Tapi memang kenyataan, bila balik kampung pun, aku bukannya banyak cakap. Dengan budak-budak yang rapat je. Itu pun terpaksa, sebab dekat kampung, aku tak ada rakan sebaya :( Ok, tak payah nak kesian sangat la. Kalau dekat kampung, selalu nya aku duduk dekat dapur tolong mak aku masak dan mengemas -,-'. Nvm, dah biasa. Lagipun, dapat pahala kan :) Memang selalunya kalau pergi mana-mana atau jumpa dengan sedara jauh, aku mesti duduk dekat penjuru, belakang family aku. Sebab aku tak pandai bergaul dengan orang yang aku tak rapat. Walaupun dengan Zul, aku baru boleh bercakap dengan dia. Sikit-sikit. Hanya selepas 3 tahun kita orang berkawan. Selalunya, kalau kita orang berjumpa pun, mesti ada kawan/abg aku ikut. Sebab, tak kesian la dkt dia kalau aku tak cakap dengan dia. Ada orang lain boleh bergaul dengan dia :p Jadi, kalau kita berjumpa, aku tak bercakap, tak bermakna aku tak suka. Cuma, tidak pandai bergaul sahaja. Kalau kita selalu jumpa mungkin anda akan mengenali diri ini :)

Monday, August 8, 2011

Teruja

Heyyyyy, lama betul tak update blog. Sejak dapat cuti panjang ni, makin malas pula nak update. Hee :D. Walaubagaimanapun, 27/11 ni dapat sambung belajar. Dekat Politeknik Shah Alam. Sangat dekat dengan rumah -,-'. Btw, semalam, aku bawa mak aku pergi Pejabat Pos Shah Alam. Yang dekat dengan perpustakaan lama tu. Dengan menunggang motorsikal Kriss. Bhaha. Macam tak percaya. Nasib baik ok. Harap-harap nanti tak kena bawa motor pergi poli. Menakutkan .