Monday, February 7, 2011

Kami cuma kawan

"Korang ada apa-apa ke?" jawab si dia, "Eh, kita orang kawan jee". Korang geram tak bila orang yang korang suka cakap macam tu?. WHAT THE laa weh. Well, sebenarnya itu ayat cover line. Mungkin dia nak tengok macam mana reaksi kita, actually, aku ada kawan macam ni. Dua-dua suka sama suka tapi malu-malu. Then si lelaki ni cakap la ayat dekat atas tu, konon-konon nak tengok si perempuan tu punya reaksi la kan. Kemudian, si perempuan tu mengadu dekat aku yang si lelaki tak suka dekat dia. Aku tanya la kenapa, dan si perempuan tu bagi tahu la yang si lelaki tu cakap yang dorang hanya kawan. Cehh, punya luluh hati si perempuan tu bila si lelaki cakap macam tu. Lepas tu, aku tanya la kawan aku, si lelaki ni kenapa dia cakap macam tu. Si lelaki cakap yang dia tak nak orang tahu yang dia mungkin bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, mereka berterus-terang juga tentang perasaan mereka. Lagi satu, ayat "Kita kan KAWAN" hanya untuk si egois yang tak nak mengaku perasaan dorang. Cehh, sebenarnya aku pun selalu cakap ayat ni. Haha. Sorry -,-'

2 comments:

syafiqah zapawi said...

who's that? mcm kenal je..hehe :P

Lina.J said...

haha, kau tak kenal laa.