p/s: Peace, No War :) lots of love, lina.j
Thursday, April 14, 2011
Peranan Ibu Bapa
Tibatiba je nak post tajuk 'Peranan Ibu Bapa' :p. Sebenarnya, benda ni bukannya apa, tibatiba nak update post pasal benda. Ini adalah kerana pada hari Ahad yang lalu, aku pergi Ikea, nak beli barang la for sure! Dah habis beli barang semua, pergi la beli makanan dekat depan kaunter tu. Mesti korang tahu kan?! Btw, tengah beratur, ada budak ni tibatiba menyelit. nasib baik la bukan dekat kaunter yg aku nak pergi. Aku tengok, biasalha budak kecil kan. Umur dalam 7/8 tahun la. Mungkin dia tak tahu. Sekali aku dengar, "Selit je ke depan tu. Cepat la. Masuk je" Perghhhh, menyirap. Walaupun bukan aku yang kena, tapi ishhhhhh. Budak tu buat muka macam kena paksa. Aku fikir dia tak suka menyelit. Dia lebih suka beratur macam kami yang sabar menunggu. Jadi, kalau ibu bapa sendiri yang mengajar anak begitu, kenapa harus mempersalahkan orang lain? Okay, contoh lain. Bila anak-anak tak siap kerja sekolah, ibu bapa mereka selamba je. Sibuk mengejar harta di dunia. Memang la itu tanggungjawab ibu bapa. Tapi ANAK ITU ANUGERAH DARI TUHAN. Jangan abaikan mereka. Bila anak-anak dapat markah corot, mereka salahkan guru. Atas alasan tidak pandai mengajar. Bila anak-anak mereka tidak menyiapkan kerja sekolah, guru mempunyai tanggungjawab untuk mengajar murid-murid bukan? Jadi, denda diberikan sebagai pengajaran. Tapi, apabila ibu bapa mereka mengetahui perkara tersebut, mereka naik angin dan menyerang guru di sekolah. Sedarlah, anak-anak adalah tanggungjawab paling besar yang diberikan. Jadi, peranan ibu bapa adalah paling utama berbanding menjadi CEO, PENGARAH, PENGURUS dan sebagainya. Ingatlah, harta di dunia boleh dicari. Anugerah tuhan hanya untuk orang yang terpilih. Jadi, tunaikanlah tanggungjawab paling penting dari Allah S.W.T :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment