Wednesday, April 20, 2011

Interview Di UPSI, SELESAI !

Kelmarin (19/04/11) pukul 6++, bertolak dari rumah (Shah Alam). Dengan tangan di kertas, menghafal segala benda untuk persediaan di temu duga ketika dalam perjalanan ke Tanjong Malim. Serius aku ingat lama. Rupa-rupanya dalam sejam lebih je. Patut lah abah ku ingin bertolak awal pagi. Sampai depan UPSI dalam pukul 7.30 pagi. Jadi, abah ajak sarapan dulu. Baik ambil sarapan dulu sebelum ditemuduga. takut-takut pengsan nnt. Hahaha. Tapi, seperti biasa, awal pagi tidak membenarkan perut ku mengisi makanan yang banyak, aku makan je la roti canai.. Heee. Dah makan semua, pergi la UPSI dalam pukul 8.00. Naik je tangga nak ke Bilik 3, perggghhhhh. Jauh oooo. Dah la kena lalu Bilik 1, Bilik 2, baru samapi Bilik 3. Dengan berjalan sambil tersenyum melalui mereka, aku menuju ke kamar temu duga ku. Ada la kenal beberapa orang. Cuba bayangkan, dekat Bilik 3 ada ramai Nur Amalina. Bila dia sebut Nur Amalina je, semua macam takut. Bhaha. Termasuk la aku. Dah nama pun Nur Amalina Binti Jamal. Mula-mula yang datang tu perempuan. Serius muka dia tak nampak macam suka senyum. Dia masuk bilik kemudian keluar balik. Haaaaa, lega pula sebab bukan dia yang interview. Dia cuma beri borang untuk diisikan. Pukul 8.30, kemunculan yang dinanti-nantikan, telah pun tiba. Jeng-jeng! Dapat dua-dua lelaki yang menemuduga. Orang kata, kalau lelaki yang temu duga, dia tak strict sangat macam perempuan. Semua muka yang akan ditemuduga macam berseriiii jeeeee. Heee. Kitorang periksa jam, berapa lama dia temu duga. semua macam bajet 10 minit je. Dan aku orang ketiga yang akan ditemuduga. Waaaaaa :'(. Dengan penuh keyakinan, aku masuk. Dia soal macam-macam. Tapi apa yang aku hafal, dia tanya sikit je. Tak apa lah, asalkan aku dapat pengetahuan lebih bila menghafal. Keluar je bilik, seperti 2 orang sebelum ni aku tersenyum. Tersenyum sebab takut. Hahaha. Tapi lega lah juga sebab dah habis di temu duga. Walaupun banyak jawapan aku rasa macam pelik. Sendiri jawab, sendiri rasa pelik -,-'

2 comments:

Aisyah Taib said...

congrats sebab dpt temu duga UPSI.

anyway, cantik layout. comel :)

Lina.J said...

Thanks :)