Saturday, January 22, 2011
Kursus Teori Amali B2 *22/01/2011
8.00 pagi tadi gerak dari rumah ke Institusi Mandu Cekap bersama adik. Well, seperti biasa abah saya menghantar kami ke sana selepas membelikan sarapan untuk kami. Sampai dalam pukul 8.30 pagi. Daftar bagai, pukul 9.00 pagi. Then, kakak tu cakap pukul 9.30 baru start kelas. OK, pergi la makan. OTW pergi makan, terserempak dengan Amnan Syahmi. Dah ngap sampai kenyang. Actually, adik aku makan sarapan aku. Aku tak berapa reti nak makan sarapan :p. Masuk kelas, jumpa dengan Muhammad Izzat bin Zulkefly, kawan baik saya :). Kita orang dengar dan lihat pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh penuggang motosikal ketika melalui ujian JPJ. Seperti jatuh tit, melanggar kon, tidak berhenti di dalam petak, tidak mengikut arah yang ditetapkan, melanggar tembok, dan sebagainya. Selepas itu, kami diarahkan ke pondok motosikal untuk demonstrasi dan penerangan yang lebih mendalam mengenai lesen B dan B2. Selepas cikgu penat bercakap, kita orang dibenarkan berehat dalam sejam. Serious aku tak tahu nak buat apa sejam tu. Dah la tak boleh sembahyang *hal perempuan. Lepak la kejap dekat tempat yang ada penghawa dingin :p. Gerak pondok balik, kita orang diberi peluang untuk melakukan Bahagian 2 dan Bahagian 3. Itu bermakna, kita orang kena bawa motor. Nasib baik malam tadi praktis bawa motor. Boleh laa. Haha, macam-macam ragam kot. Nasib baik ada Muhammad Addin, adik saya dan Muhammad Izzat :). Sorry, tak sempat nak ambil gambar dan merakam video :).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Laa, lambatnya kau pergi
haha. aku kena tunggu adik aku sekali :)
Naik titi tu kna brpa saat?
Tak pasti berapa saat. Sbb test 4 tahun lepas. Sorry
Post a Comment